Penampilan Diri Dan Aurat Seorang Wanita

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
(menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) ”
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2 . Kaki ( tumit kaki )
” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan “An-Nur
: 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
3 . Wangian
” Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
Suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina ” Riwayat Nasaii ,
Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada
” Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka ” An-Nur : 31
5 . Gigi
” Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ” Riwayat At-Thabrani
” Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah ” Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
” Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu “
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7 . Muka dan Tangan
” Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja ” Riwayat Muslim
dan Bukhari
8 . Tangan
” Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya ”
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9 . Mata
” Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya ” An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu
hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya
tidak dibenarkan ” Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )
” Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya ,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ” Al Ahzab : 32
” Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi” Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan
berzina) ” An Nur : 31
” Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di
bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ati
suaminya ,maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya ” Riwayat Al Bazzar
” Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
“Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian
” Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allahakan
memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti ” Riwayat Ahmad ,Abu
Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
” Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan
yangberpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik
orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya ” Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
” Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan
mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali
.Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
penyayang “Al Ahzab : 59
13 . Rambut
” Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya ” Riwayat Bukhari dan Muslim
14 . ” Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta’ati
suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat
dilangit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar